Skip to main content

Dunia

5 ditahan, diesel bernilai RM105,800 dirampas dalam serbuan di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:
5 ditahan, diesel bernilai RM105,800 dirampas dalam serbuan di Johor Bahru

Antara peralatan yang digunakan sindiket dan dirampas dalam serbuan. (Gambar: Agensi berita)

JOHOR BAHRU: Lima lelaki termasuk tiga warga asing ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru pada Isnin (5 Sep), lapor Astro AWANI. 

Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas diesel bersubsidi bernilai RM105,800 (S$33,046).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, pada serbuan pertama polis menahan lelaki berumur 42 tahun dan merampas lori bersama muatan diesel dalam serbuan di stesen minyak Jalan Harimau, Taman Abad pada pukul 2.00 pagi. 

Katanya, susulan penahanan itu, setengah jam kemudian pihaknya berjaya menahan lelaki berumur 29 tahun di Taman Ungku Tun Aminah dan merampas wang tunai yang dipercayai digunakan untuk melakukan urus niaga pembelian minyak diesel bersubsidi sekitar daerah berkenaan. 

"Semakan rekod jenayah lampau kedua suspek pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Rentetan daripada dua serbuan itu, hari yang sama pada pukul 11.30 pagi, polis menyerbu tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas.

"Hasil serbuan, tiga lelaki warga asing ditahan berumur lingkungan 26 hingga 34 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (6 Sep).

Menurut Encik Kamarul Zaman, polis turut merampas minyak diesel sebanyak 46,000 liter, lori, resit jual beli dan wang tunai berjumlah RM17,722 (S$5,535). 

"Polis memberi amaran kepada mereka yang masih terlibat dalam pelanggaran undang-undang untuk menghentikan kegiatan ini, atau diambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita