Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 disyaki anggota militan maut berbalas tembakan di Thailand

Lima lelaki dipercayai anggota militan maut dalam tiga insiden berbalas tembakan selepas pihak berkuasa Thailand melancarkan operasi membanteras kumpulan miltan di Yala, Pattani dan Narathiwat.  

Anggaran Waktu Membaca:
5 disyaki anggota militan maut berbalas tembakan di Thailand

Pasukan keselamatan memperketat kawalan di tempat kejadian seorang lelaki, dipercayai anggota militan, ditemui maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Muang, Pattani,pada 6 Julai 2022. (Gambar fail: BERNAMA)

BANGKOK: Lima lelaki dipercayai anggota militan maut dalam tiga insiden berbalas tembakan selepas pihak berkuasa Thailand melancarkan operasi membanteras kumpulan miltan di Yala, Pattani dan Narathiwat.  

Insiden terbaru berlaku di daerah Raman, Yala, pada Jumaat (8 Jul), menyaksikan dua anggota militan maut. 

Ketua Polis Kota Bharu Raman Kolonel Rattaponchai Pensongkram berkata dalam insiden pada pukul 3.00 pagi (waktu tempatan) itu, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian sekumpulan anggota militan.

“Menyedari kehadiran pasukan keselamatan, anggota militan cuba meloloskan diri dan menyebabkan berlaku insiden berbalas tembakan. Pasukan keselamatan kemudian menemui dua mayat dan senjata api,” katanya ketika dihubungi Bernama di Bangkok, hari ini (9 Jul).

Sementara itu, semasa satu sidang media, Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata pasukan keselamatan turut menahan lapan militan yang menyerah diri, dipercayai anggota Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO). 

Beliau berkata pada 5 Julai, pasukan keselamatan menemui mayat seorang lelaki, dipercayai anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN), di Patani dan turut menahan seorang lelaki di Yala. 

“Dua hari kemudian, dua lagi militan maut di Rueso, Narathiwat, manakala beberapa lelaki bersenjata berjaya meloloskan diri,” katanya.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan