Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 direman di M'sia kerana disyaki terbabit skandal ibadah Haji

Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 direman di M'sia kerana disyaki terbabit skandal ibadah Haji

380 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas ditipu oleh sebuah agensi pelancongan. swasta. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Jul 2022 02:53PM Dikemas Kini : 10 Jul 2022 02:54PM
KUALA LUMPUR: Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji. 

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, kira-kira pukul 9.00 malam pada Jumaat lalu oleh polis Kuala Lumpur.  

Beliau berkata kesemua suspek sudah diserahkan kepada pihaknya hari ini (10 Jul) kerana kes itu dilaporkan berlaku di negeri tersebut (Selangor).

"Kesemua suspek yang ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan itu dan juga isterinya, direman hingga 12 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah menerusi kenyataannya berkata pihaknya menahan lima individu berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap dua agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta (S$750,000). 

Menurut beliau, selain pasangan suami isteri pemilik syarikat berkenaan, mereka yang ditahan dipercayai adalah pekerja dan ejen syarikat pelancongan berkenaan.

Khamis lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperolehi oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa