5 cedera dalam serangan pisau di Amsterdam; suspek diberkas
Lima orang cedera dalam serangan pisau di bahagian tengah Amsterdam pada Khamis (27 Mac), lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik pihak polis.
Polis di lokasi kejadian serangan berdekatan Dataran Dam di tengah Amsterdam, pada 27 Mac 2025. (Gambar: AP)
Seorang suspek telahpun ditahan.
Pihak berkuasa Belanda belum lagi mendedahkan tahap kecederaan mangsa ataupun motif di sebalik serangan pisau itu.
Perkhidmatan kecemasan bertindak pantas, dengan sebuah helikopter penyelamat mendarat di Dataran Dam, iaitu dataran utama di hadapan istana diraja.
Kawasan itu sudahpun ditutup. Polis melaporkan bahawa serangan itu berlaku di jalan berdekatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.