Skip to main content

Dunia

5 cedera dalam ribut hujan batu di Australia

Satu ribut hujan batu membawa bersamanya angin kencang, petir dan puting beliung yang melanda kawasan tenggara Queensland hari ini (12 Okt) menyebabkan lima orang cedera serta banyak kerosakan harta-benda.

Anggaran Waktu Membaca:
5 cedera dalam ribut hujan batu di Australia

Ribut melanda Gympie, Australia. (Gambar: 7newssyd/Instagram)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 08:21PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 08:27PM

GYMPIE: Satu ribut hujan batu membawa bersamanya angin kencang, petir dan puting beliung yang melanda kawasan tenggara Queensland hari ini (12 Okt) menyebabkan lima orang cedera serta banyak kerosakan harta-benda.

Satu rakaman video menunjukkan ribut hujan batu mencurah-curah turun di jalan raya Gympie, sekitar 160 kilometer utara Brisbane, dan satu lagi ribut jenis "supercell" di kawasan Rainbow Beach. Ribut "supercell" dianggap yang baling berbahaya dalam empat kategori ribut kerana cuaca tidak menentu yang dibawa bersamanya.

Lima orang, termasuk seorang bayi dan kanak-kanak lelaki, cedera akibat cermin kenderaan yang pecah, pokok tumbang dan petir yang menyambar, lapor media tempatan hari ini (12 Okt).

View this post on Instagram

Welcome to gympie

A post shared by Emilia's Cafe (@emilias2003) on

Bangunan-bangunan rosak dan pokok tumbang sedang ribut itu melalui kawasan tersebut dan menyebabkan satu puting beliung yang melanda kota Tansey di Gympie.

Di kawasan lain, ribut hujan batu yang sebesar bola tenis turut dilaporkan.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita