5 cedera dalam nahas helikopter tentera laut Filipina
Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Lima orang termasuk dua juruterbang cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis (5 Dis) di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila, kata jurucakap tentera laut.
Komander John Percie Alcos berkata helikopter AgustaWestland AW 109 terhempas pada pagi Khamis di Lapangan Terbang Sangley Point.
Helikopter itu berlepas untuk menjalankan penerbangan pemeriksaan menyusuli kerja-kerja penyenggaraan.
Beliau berkata dua juruterbang dan tiga kru mengalami luka ringan, lebam dan patah tulang kecil.
"Semua kakitangan, walaupun mengalami kecederaan ringan, sedar dan selamat semasa dibawa ke hospital tentera untuk penilaian perubatan," kata Encik Alcos.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian, katanya.
Penguasa Penerbangan Awam Filipina dalam kenyataan ringkas memaklumkan bahawa semua operasi pendaratan dan keberangkatan di lapangan terbang itu telah digantung disebabkan sebuah pesawat tentera yang tergendala di landasan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.