Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 cedera dalam insiden tembakan di Universiti Michigan State

Anggaran Waktu Membaca:
EAST LANSING: Sekurang-kurangnya lima orang ditembak pada Isnin (13 Feb) malam di Universiti Michigan State, dengan ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Polis menyatakan ratusan anggota sedang memburu seorang lelaki bersenjata yang masih bebas.

Para mahasiswa diarahkan untuk kekal berada di tempat tertutup yang selamat buat beberapa jam di kampus East Lansing, terletak sekitar 145 kilometer dari barat laut Detroit.

Insiden tmbakan bermula sejurus sebelum 8.30 malam di Dewan Berkey iaitu bangunan akademik dan ia juga berlaku berhampiran kemudahan kesatuan mahasiswa, sebuah tempat perhimpunan terkenal dalam kalangan mahasiswa, kata Chris Rozman, timbalan ketua sementara jabatan polis kampus.

Beliau memberi gambaran suspek seorang lelaki pendek yang berkasut merah dan memakai jaket denim serta topi bola.

Encik Rozman berkata ratusan pegawai daripada pelbagai agensi berada di kampus dan beliau menggesa ibu bapa supaya elak daripada datang ke kampus.

Lima mangsa itu dibawa ke Hospital Sparrow, kata jurucakap hospital, John Foren, yang tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keadaan mereka.

Menjelang 10.15 malam, polis menyatakan bahawa Dewan Berkey serta dewan asrama berhampiran sudah dikawal keselamatannya.

Pihak berkuasa mengumumkan pada lewat semalam (13 Feb) bahawa semua aktiviti kampus akan dibatalkan selama 48 jam, termasuk kegiatan olahraga dan kuliah. Orang ramai juga dinasihatkan dalam satu catatan Twitter agar tidak memasuki pekarangan kampus pada Selasa.
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan