5 cedera akibat tembakan di sekolah Sweden
Anggaran Waktu Membaca:

Pegawai polis kelihatan di Sekolah Risbergska di Orebro, Sweden pada 4 Februari 2025. (Gambar: AFP/Kicki Nilsson/TT News Agency)
STOCKHOLM: Lima orang cedera akibat ditembak di sebuah sekolah di bandar Orebro, tengah Sweden pada Selasa (4 Feb), mencetuskan tindak balas besar-besaran oleh pasukan penyelamat.
Polis mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa tahap kecederaan mereka masih belum jelas sejauh ini.
"Buat masa ini, insiden tersebut disifatkan sebagai percubaan membunuh, membakar dan kesalahan senjata yang serius," tambah polis.
Ambulans, pasukan penyelamat dan polis sudahpun berada di tempat kejadian.
Tembakan itu berlaku di kawasan kampus yang menempatkan beberapa sekolah untuk kanak-kanak dan dewasa. Tiada pegawai yang cedera semasa kejadian itu, menurut polis.
Polis berkata para pelajar berada di dalam sekolah yang terjejas dan juga di sekolah-sekolah berhampiran.
"Berita mengenai serangan di Orebro sangat serius," kata Menteri Kehakiman Gunnar Strommer kepada penyiar awam SVT, sambil menambah bahawa pemerintah sedang berhubung rapat dengan polis.
Menurut sesetengah media di Sweden, para saksi dilaporkan mendengar apa yang mereka percaya sebagai tembakan senjata automatik.
Menurut akhbar Aftonbladet, ia telah menerima aduan bahawa hospital tempatan telah mengosongkan bilik kecemasan dan unit rawatan rapi untuk para mangsa yang cedera.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.