5 bank utama Korea Selatan tawar program persaraan sukarela kepada 2,400 pekerja
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Lima bank utama Korea Selatan menawarkan program persaraan sukarela kepada 2,400 pekerja tahun ini, meskipun mencatatkan rekod keuntungan di tengah-tengah kenaikan kadar faedah, menurut sumber-sumber industri pada Ahad (18 Dis).
Pelan persaraan sukarela di lima bank - KB Kookmin, Shinhan, Woori, Hana dan NH Nonghyup - dipercepatkan, sedang lebih ramai orang beralih kepada urus niaga kewangan tanpa kontak disebabkan pandemik COVID-19 yang berlarutan, lapor agensi berita Yonhap.
Mereka yang membuat permohonan bagi program tersebut akan menerima gaji beberapa tahun, bernilai sehingga 400 juta won (S$414,945) hingga 500 juta won (S$518,681), bergantung kepada pangkat, perbelanjaan pendidikan bagi anak-anak mereka dan faedah lain, kata seorang pegawai industri.
Dalam industri perbankan secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 3,000 pekerja dijangka meletakkan jawatan tahun ini menerusi program persaraan berkenaan.
Tahun lalu, lebih 5,000 pekerja menerima program persaraan di sektor perbankan, termasuk 2,100 pekerja di Citibank Korea Inc., cawangan gergasi perbankan Amerika Syarikat, Citigroup, di Korea, setelah ia memutuskan untuk melabuhkan tirainya bagi khidmat perbankan runcit, lapor Yonhap.
Jumlah cawangan bank yang ditutup semakin meningkat, dari 74 pada 2018, 98 pada 2019, 216 pada 2020, 209 pada 2021 dan 179 tahun ini setakat Ogos, menurut Khidmat Pengawalseliaan Kewangan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.