5 agensi berita Kanada heret OpenAI ke mahkamah, dakwa guna kandungan tanpa izin
Lima agensi berita Kanada memfailkan tindakan undang-undang terhadap pemilik ChatGPT, OpenAI, kerana percaya syarikat itu kerap melanggar hak cipta dan syarat penggunaan online.
Anggaran Waktu Membaca:
OTTAWA: Lima agensi berita Kanada memfailkan tindakan undang-undang terhadap pemilik ChatGPT, OpenAI, kerana percaya syarikat itu kerap melanggar hak cipta dan syarat penggunaan online.
Kes tersebut sebahagian daripada tuntutan mahkamah terhadap OpenAI dan beberapa syarikat teknologi lain berhubung data yang digunakan untuk melatih sistem generatif kecerdasan buatan.
Menerusi satu kenyataan, Torstar, Postmedia, The Globe and Mail, The Canadian Press dan CBC/Radio-Canada mendakwa OpenAI menggunakan banyak kandungan mereka, tanpa terdahulu mendapatkan izin atau memberikan pampasan kepada pemilik kandungan, untuk membangunkan produknya.
"Kewartawanan adalah untuk kepentingan awam. Namun, OpenAI menggunakan hasil penulisan agensi berita untuk mengaut keuntungan. Ini salah di sisi undang-undang," menurut kenyataan itu.
Seorang hakim persekutuan di New York menolak tuntutan mahkamah terhadap OpenAI pada 7 November yang mendakwa ia menyalahgunakan artikel daripada saluran berita Raw Story dan AlterNet.
Dalam satu dokumen setebal 84 muka surat yang difailkan di Mahkamah Tinggi Keadilan Ontario, lima agensi berita Kanada terbabit menuntut ganti rugi daripada OpenAI, di samping perintah injunksi yang menghalang OpenAI daripada menggunakan kandungan mereka jika tidak mendapatkan kebenaran.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.