Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5,446 kes baru COVID-19 dilaporkan di M'sia

Sebanyak 5,446 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini (9 Dis), meningkat daripada 5,020 kes semalam (8 Dis) menjadikan kumulatif kes kini sebanyak 2,678,465.

Anggaran Waktu Membaca:
5,446 kes baru COVID-19 dilaporkan di M'sia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 09:21PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:22PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,446 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini (9 Dis), meningkat daripada 5,020 kes semalam (8 Dis) menjadikan kumulatif kes kini sebanyak 2,678,465.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 5,446 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 88 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima dan 5,358 kes atau 98.4 peratus adalah kategori satu dan dua.

Menerusi kenyataan situasi semasa COVID-19 hari ini, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh pula mencatatkan 5,427 kes menjadikan keseluruhan kes yang pulih adalah 2,586,822.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata 419 kes disahkan pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 232 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 17 lagi kluster baru dikesan hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah sebanyak 254 kluster. 

Beliau berkata nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) Malaysia setakat semalam pula adalah 0.98.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan