49 cedera dalam nahas 2 bas di Sri Lanka
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
COLOMBO: Seramai 49 orang cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah bas pada Khamis malam (5 Sep) di Nagala, wilayah Uva di bahagian tengah Sri Lanka, lapor Xinhua yang memetik kenyataan polis tempatan pada Jumaat (6 Sep).
Jurucakap polis dalam satu kenyataan berkata bas Lembaga Pengangkutan Sri Lanka yang dilaporkan dipandu agak laju melanggar bahagian belakang sebuah bas privet yang membawa pekerja kilang pakaian.
Menurut kenyataan itu, para penumpang yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan berkenaan ditahan.
Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.