483 laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Nabi Muhammad
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 483 laporan polis setakat Jumaat (26 Jul) berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.
(Gambar: Polis Diraja Malaysia/Facebook)
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 483 laporan polis setakat Jumaat (26 Jul) berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad berkata kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala, yang dianggotai kumpulan tertutup.
"Pihak polis mendapati posting (hantaran) yang dibuat oleh Wendy Loong sudah dipadam dan polis sudah memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti serta menjejaki pemilik akaun Wendy Loong untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum, di mana-mana jua platform atau rangkaian komunikasi.
"Suka diingatkan, sebagai warga Malaysia, setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara ini," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.