48 cedera, termasuk 43 kanak-kanak setelah bas sekolah rempuh tembok
Sekurang-kurangnya 48 orang cedera, 10 daripadanya parah, apabila sebuah bas sekolah di Jerman merempuh tembok hari ini (16 Jan).

Bas sekolah yang membawa kanak-kanak merempuh tembok. (Gambar: AFP/Rene PRIEBE)
BERLIN: Sekurang-kurangnya 48 orang cedera, 10 daripadanya parah, apabila sebuah bas sekolah di Jerman merempuh tembok hari ini (16 Jan).
Demikian menurut polis.
Kemalangan itu, yang puncanya masih tidak diketahui, berlaku sekitar pukul 7.00 pagi (waktu tempatan) dan bas tersebut sedang dalam perjalanan ke barat daya Eberbach.
"Bas sekolah yang penuh itu dipandu selaju-lajunya tanpa sebab yang jelas merempuh beberapa kenderaan lain sebelum merempuh tembok sebuah kedai elektronik," menurut kenyataan polis.
Seramai 43 yang cedera adalah kanak-kanak dengan 10 mangsa mengalami cedera parah.
Pemandu bas pula cedera ringan, seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita DPA.
Tiga helikopter penyelamat membantu mengejarkan mangsa ke hospital-hospital tempatan manakala polis dan ambulans dikerahkan untuk merawat mereka yang mengalami cedera ringan, menurut kenyataan polis.
Lokasi kemalangan dikepung sedang para penyiasat memulakan tugas memastikan punca insiden itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.