472 kawasan di Selangor hadapi gangguan bekalan air ekoran pencemaran bau
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7.00 pagi pada Sabtu (24 Dis) berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi catatannya di Facebook pada Sabtu memaklumkan lokasi yang terlibat ialah 172 kawasan di sekitar Petaling, 54 kawasan di Hulu Langat, 196 di Sepang, 23 di Putrajaya dan 27 di Kuala Langat.
Menurut Air Selangor, pemberhentian tugas itu adalah ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir di kedua-dua LRA berkenaan.
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.