Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

460 orang diselamatkan selepas enjin kapal pesiaran alami masalah

Sekitar 460 orang diselamatkan menggunakan helikopter selepas kapal pesiaran yang dinaiki mereka mengalami masalah dekat pantai barat Norway. 

Anggaran Waktu Membaca:
460 orang diselamatkan selepas enjin kapal pesiaran alami masalah

460 orang diselamatkan menggunakan helikopter selepas kapal pesiaran yang dinaiki mereka mengalami masalah. (Gambar: Frank Einar Vatne/Reuters)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 08:45PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 08:49PM

NORWAY: Sekitar 460 orang diselamatkan menggunakan helikopter selepas kapal pesiaran yang dinaiki mereka mengalami masalah dekat pantai barat Norway.

Enjin kapal tersebut mati dan ia mula hanyut sekitar dua kilometer dari pesisir pantai.

Kapten kapal lantas membuat panggilan kecemasan.

Lima helikopter bersama polis pantai dikerah untuk melakukan operasi menyelamat sekitar 1,300 penumpang dan anak kapal.

Beginilah keadaannya di dalam kapal seperti yang dirakam salah seorang penumpang.

Ombak setinggi lapan meter membadai kapal tersebut dan menyebabkan beberapa tingkap kapal pecah.

Sebuah lagi kapal turut dikerahkan untuk menarik kapal tersebut ke pelabuhan. 

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan