Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

46 maut dalam gempa bumi Indonesia, kata Pegawai Pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
46 maut dalam gempa bumi Indonesia, kata Pegawai Pemerintah

Mangsa menerima rawatan perubatan di tempat letak kereta hospital di Cianjur, Indonesia, selepas gempa bumi melanda bandar Jawa Barat pada 21 Nov 2022. (Gambar: AP Photo/Firman Taqur)

Diterbitkan : 21 Nov 2022 05:08PM Dikemas Kini : 21 Nov 2022 06:43PM
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 46 terkorban dalam gempa bumi yang menggegarkan pulau utama Indonesia di Jawa pada Isnin (21 Nov), menurut seorang pegawai pemerintah Indonesia.

Pusat gempa berada di darat di Cianjur, kira-kira 75 kilometer (km) tenggara Jakarta dan pada kedalaman 10km.

Laporan menyatakan bandar Jawa Barat itu adalah yang paling teruk dilanda gempa bumi, dengan kira-kira 700 orang cedera.

"Maklumat terkini adalah 46 orang meninggal dunia. Mangsa-mangsa datang daripada pelbagai kawasan. Kira-kira 700 orang cedera," Ketua pentadbiran di Cianjur, Herman Suherman, memberitahu penyiar Kompas TV.

Beliau juga sebelum ini memberitahu penyiar Metro TV bahawa ramai mangsa yang cedera "mengalami keretakan tulang" akibat terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

"Terdapat puluhan orang yang maut. Ratusan mungkin ribuan rumah musnah. Setakat ini, 46 orang meninggal dunia," kata jurucakap pentadbiran tempatan, Adam kepada AFP sebelum ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa