Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

46 dirawat akibat kebocoran gas karbon dioksida di Kanada

Satu kebocoran gas karbon monoksida di sebuah hotel Kanada pada Selasa (9 Jul) menyebabkan 46 tetamunya dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka dalam keadaan tenat, menurut para anggota bomba di Winnipeg.

Anggaran Waktu Membaca:
46 dirawat akibat kebocoran gas karbon dioksida di Kanada

Kebocoran gas karbon dioksida di Kanada.

Diterbitkan : 10 Jul 2019 09:53AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 09:56AM

MONTREAL: Satu kebocoran gas karbon monoksida di sebuah hotel Kanada pada Selasa (9 Jul) menyebabkan 46 tetamunya dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka dalam keadaan tenat, menurut para anggota bomba di Winnipeg.

Insiden itu berlaku di motel Super 8 di bandar dekat daerah Prairie.

“Ini adalah insiden yang serius,” menurut Presiden Persekutuan Bomba Winnipeg, Encik Alex Forrest kepada CBC News.

Menurutnya, bacaan karbon monoksida di motel itu mencecah paras 385 bahagian setiap sejuta, jauh melebihi antara 10 hingga 20 bahagian setiap sejuta paras gas berkenaan yang dianggap berbahaya.

Menurut CBC News, Manitoba Hydro, syarikat tenaga yang menyediakan perkhidmatan elektrik dan gas asli itu menyatakan bahawa, pihaknya sudah menutup kebocoran yang tidak berpunca daripada gas tersebut.

Sumber kebocoran masih belum diketahui lagi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan