Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

459 terkorban, lebih 4,000 cedera akibat pertempuran Sudan: WHO

Anggaran Waktu Membaca:
459 terkorban, lebih 4,000 cedera akibat pertempuran Sudan: WHO

(Gambar: Handout/Indonesian Foreign Ministry/AFP)

GENEVA: Sekurang-kurangnya 459 orang terkorban dan 4,072 cedera dalam pertempuran ganas antara tentera Sudan dengan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan setakat 24 April.

Demikian menurut wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Sudan, Dr Nima Saeed Abid, pada Selasa (25 Apr). 

Dr Nima sewaktu satu mesyuarat berkata, "tidak boleh dinafikan" bahawa angka sebenar adalah lebih tinggi dan mengesahkan bahawa 14 serangan terhadap kemudahan perubatan berlaku sejak pertempuran tercetus di negara itu sejak pertengah April, lapor Sputnik. 

Serangan itu meragut nyawa lapan orang dan menyebabkan dua lagi cedera, katanya, sekali gus menyeru agar serangan tersebut dihentikan. 

Pada 15 April, pertempuran ganas antara tentera Sudan dengan RSF tercetus di tengah-tengah Khartoum. Pasukan tentera menuduh RSF memberontak dan melancarkan serangan udara terhadap pangkalan mereka. Abdel Fattah Burhan, ketua tentera Sudan, mengeluarkan arahan untuk membubarkan RSF. 

Kedua-dua pihak itu mengumumkan gencatan senjata sementara di seluruh negara itu, tetapi ia tidak menyumbang kepada penyelesaian konflik tersebut. 

Kementerian Kesihatan Sudan pada Jumaat (21 Apr) mendedahkan bahawa angka korban akibat pertempuran itu adalah sekitar 600 orang.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan