450 orang berkumpul sempena majlis buka puasa di Royal Albert Hall
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: STAV/Facebook)
LONDON: Sekitar 450 orang berkumpul di Royal Albert Hall, London pada Jumaat (7 Apr) sempena majlis berbuka puasa terbuka, yang juga bertindak sebagai acara kemasyarakatan semasa bulan Ramadan.
Majlis berbuka puasa itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadan, sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap sebelum jamuan berbuka puasa, Duta Turki ke Britain Osman Koray Ertas, menyentuh mengenai kepentingan Ramadan dalam mengeratkan hubungan sesama manusia.
Encik Jonathan Wilson, seorang profesor di Regent's University London, memuji majlis buka puasa terbuka itu sambil berkata perhimpunan itu adalah peluang yang sangat baik untuk bertemu orang ramai dan berkongsi pengalaman.
Sementara itu, Encik Dowshan Humzah, Ahli Lembaga Penasihat Projek Khemah Ramadan, berkata projek itu dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.