44 maut letupan bom di perhimpunan politik di Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Rescue 1122 Headquarters/AP
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh selepas bom kuat meletup semasa satu perhimpunan politik di barat laut Pakistan, kata polis.
Hampir 200 yang lain cedera dalam kejadian pada Ahad (30 Jul) itu.
Polis berkata letupan itu berpunca daripada bom nekad dan disasarkan kepada parti Jamiat Ulama-e-Islam (JUI-F), sebuah parti perikatan dalam permerintah, menjelang pilihan raya akhir tahun ini.
Letupan berlaku di bandar Bajaur dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadankan Afghanistan.
"Seorang pemimpin kanan daripada parti itu sepatutnya menyampaikan ucapan di majlis itu, tetapi sebelum ketibaannya letupan bom berlaku," kata Ketua Polis Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Akhtar Hayat Gandapur kepada AFP.
Menurut laporan media tempatan, kira-kira 400 orang menghadiri perhimpunan itu semasa letupan berlaku.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyelar perbuatan itu sebagai serangan terhadap sistem demokrasi.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Namun, cabang tempatan kumpulan ISIS baru-baru ini melakukan serangan terhadap JUI-F.
Tahun lalu, ISIS mengaku mendalangi serangan ganas terhadap ulama yang bergabung dengan parti itu, yang mempunyai rangkaian besar di masjid dan madrasah di utara dan barat negara tersebut.
Pakistan menyaksikan peningkatan mendadak dalam serangan pengganas sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa di negara jiran Afghanistan pada 2021.
Kumpulan Taliban tempatan Pakistan, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), menyasarkan sebahagian besar serangannya terhadap pegawai keselamatan, termasuk anggota polis.
TTP berkata kempennya itu bertujuan untuk melaga-lagakan kumpulan-kumpulan Islam menentang satu sama lain.

Sumber : AGENCIES/MM/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.