Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

432 lokasi dikenal pasti berisiko banjir di Johor

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor menyenaraikan 432 'hotspot' atau tompok panas lokasi berisiko banjir di negeri tersebut, menyusuli amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Isnin (23 Jan). 

Sehubungan itu, Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, 1,000 anggotanya di negeri itu sudah diarahkan bersiap siaga terhadap kemungkinan banjir susuli amaran hujan berterusan tahap merah bermula Isnin hingga Rabu (25 Jan), lapor Harian Metro. 

Menurutnya, orang ramai boleh merujuk laman Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor bagi melihat senarai kawasan 432 'hotspot' berisiko banjir di 10 daerah negeri itu, sebagai persediaan berhadapan apa jua kemungkinan.

"Semua daerah dengan kawasan kediaman berdekatan sungai serta tempat rendah berisiko dinaiki air bah jika hujan lebat turun secara berterusan lagi seperti semalam (23 Jan).

"Banjir mungkin akan menjadi buruk apabila hujan lebat turun semasa air laut pasang tinggi.

"Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) secara rasmi dibuka walaupun berlaku banjir kilat di Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, Pontian, Kluang dan Tangkak akibat hujan seharian semalam," Harian Metro memetik kata-kata Encik Kamal. 

Pada Isnin malam, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya sehingga Rabu di Johor membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan