Skip to main content

Dunia

430,000 pelawat tiba di AS dari China sejak COVID-19 mula dikesan

Laporan akhbar New York Times membayangkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah terlambat untuk menguatkuasakan langkah-langkah bagi menyekat perjalanan ke negara itu dari China.

Anggaran Waktu Membaca:
430,000 pelawat tiba di AS dari China sejak COVID-19 mula dikesan

Para penumpag di Beijing sebelum menaiki penerbangan American Airlines ke Los Angeles pada Januari 2020. (Gambar: Mark Schiefelbein/AP)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 01:41PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 01:44PM

NEW YORK: Laporan akhbar New York Times membayangkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah terlambat untuk menguatkuasakan langkah-langkah bagi menyekat perjalanan ke negara itu dari China.

Sekurang-kurangnya 430,000 orang, termasuk rakyatnya sendiri, tiba di Amerika Syarikat dari China sejak Beijing pertama kali mengumumkan penularan virus korona COVID-19.

Perangkaan itu termasuk sekitar 40,000 penumpang yang tiba di Amerika Syarikat setelah Presiden Trump menguatkuasakan sekatan-sekatan perjalanan.

Pemeriksaan kesihatan di lapangan-lapangan terbang Amerika Syarikat pula hanya dilaksanakan pada pertengahan Januari dan hanya dijalankan di lapangan-lapangan terbang utama di negara itu.

Ketika itu, lebih 4,000 orang sudahpun tiba di Amerika Syarikat secara langsung dari bandar Wuhan di China - iaitu tempat di mana virus COVID-19 mula dikesan.

Para pengunjung juga tidak menjalani sebarang saringan kesihatan yang dipertingkatkan. 

Sumber : CNA/Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita