43 maut dalam serangan udara di pasar Sudan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dalam serangan udara di sebuah pasar di ibu negara Sudan, Khartoum, pada Ahad (10 Sep) menurut sebuah kumpulan perubatan.
Agensi berita Anadolu melaporkan bahawa sindiket doktor Sudan mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa 55 orang juga cedera dalam serangan yang menyasarkan pasaran di kejiranan Mayo di Khartoum Selatan.
Kumpulan aktivis 'Emergency Room' sebelum ini meletakkan angka korban bagi serangan udara itu pada 40 orang.
Namun, ia belum lagi jelas siapa bertanggungjawab atas serangan udara itu.
Serangan itu berlaku menyusuli pertempuran antara tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara itu.
Pihak RSF mendakwa tentera melakukan serangan udara ke atas kejiranan Mayo, menurut laporan itu.
Namun, tentera Sudan menafikan tuduhan itu dan mengatakan bahawa ia "mengelirukan" dan "palsu".
Ia juga melaporkan kenyataan ketenteraan mendedahkan tentera “menghalakan serangannya ke atas perhimpunan pemberontak, khalayak ramai, tapak dan pangkalan sebagai sasaran ketenteraan yang sah, sambil mematuhi sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan peraturan pelibatan sebagai tentera profesional dan jauh dari rakyat yang tidak bersalah dan barangan awam yang dilindungi.”
Lebih 3,000 orang awam maut dan beribu-ribu lagi cedera dalam pertempuran antara tentera dan RSF sejak April, menurut pakar perubatan tempatan.
Beberapa perjanjian gencatan senjata hasil pengantaraan Arab Saudi dan Amerika Syarikat gagal menamatkan keganasan di negara itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.