Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

42 kes buli dilapor di sekolah di Perak dari Jan hingga Julai

Kes buli di sekolah di Perak meningkat kepada 42 dari Januari hingga Julai tahun ini, berbanding hanya dua kes sepanjang tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
42 kes buli dilapor di sekolah di Perak dari Jan hingga Julai

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri. (Gambar fail: BERNAMA)

IPOH: Sebanyak 42 kes buli dicatat di sekolah di negeri itu sejak Januari hingga Julai tahun ini, berbanding hanya dua kes sepanjang tahun lalu, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.

Encik Mohd Yusri yang ditemui pemberita selepas Program #Katakan Tidak Kepada Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, awal hari ini (24 Sep) berkata data berkenaan diperoleh daripada Jabatan Pendidikan negeri.

“Perbezaan itu (dua kes pada tahun lepas kepada 42 kes pada Januari hingga Julai) berikutan penutupan sekolah-sekolah sewaktu fasa pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata program #Katakan Tidak Kepada Buli bertujuan membendung kejadian buli dalam kalangan pelajar di asrama, selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar sekiranya terlibat dalam kesalahan jenayah dan buli.

Mengenai perkembangan kes dua pekerja kuari tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai dekat sini pada 8 Mac lalu, Encik Mohd Yusri berkata pihaknya sudah menerima sampel DNA daripada waris Itam Lasoh, iaitu seorang daripada mangsa yang dipercayai tertimbus.

Beliau berkata pihaknya kini menunggu sampel DNA daripada waris seorang lagi mangsa, Kheow Loo Siew Soon, yang difahamkan waris itu berada di luar negara.

“Kita menunggu sampel daripada waris bagi kita memastikan adakah cebisan tulang yang dijumpai berpadanan dengan kedua-dua mangsa tersebut,” katanya.

Dilapor pada Khamis lalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan Itam, 43, dan Kheow, 49, dihentikan selepas penemuan pakaian dan cebisan tulang manusia termasuk jengkaut kedua di lokasi kejadian.

Kesemua objek dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat dan ujian DNA bagi pengesahan identiti. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan