Skip to main content

Dunia

41 suspek pengganas diberkas berhubung serangan nekad Surabaya

Polis Indonesia menangkap 41 orang disyaki pengganas yang dikaitkan dengan siri serangan bom di bandar Surabaya bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jun 2018 05:20PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 10:14PM

SURABAYA: Polis Indonesia menangkap 41 orang disyaki pengganas yang dikaitkan dengan siri serangan bom di bandar Surabaya bulan lalu.

Menurut laporan Antara News, Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian memberitahu para pemberita bahawa polis menembak mati empat orang yang disyaki kerana mereka melawan ketika hendak ditangkap.

"Kami bertindak pantas selepas serangan bom nekad di Surabaya dan Sidoarjo pada 13 dan 14 Mei untuk mengenal pasti para penyerang.

"Salah seorang pengganas yang disyaki di Probolinggo menyerah diri kepada polis tempatan kerana dia tidak dapat hidup dengan tenang kerana sentiasa diburu pihak berkuasa," tambah beliau.

Encik Tito juga mendedahkan bahawa kesemuanya 13 orang penyerang dan 14 orang awam terbunuh dalam siri serangan bom di tiga gereja dan ibu pejabat polis di Surabaya bulan lalu.

Kira-kira 40 orang lagi mengalami kecederaan.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita