41 rakyat Palestin bakal terima rawatan di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Khaled Nordin)
SHAH ALAM: Kesemua 41 pesakit rakyat Palestin yang diterbangkan ke Malaysia akan ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Menteri Pertahanan Malaysia Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini mereka ditempatkan sementara di Hangar Nombor 16 Skuadron, Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Shah Alam yang dijadikan sebagai hospital kecil.
Beliau memberitahu, pesakit paling muda ialah bayi berusia lapan bulan sementara paling tua ialah berusia 62 tahun, lapor Astro Awani.
"Sebanyak 26 ambulans telah disediakan untuk membawa pesakit dari PU Subang ke hospital, serta sebuah bas dan lapan van untuk membawa 86 waris dari transit ke hospital.
"Kesemua mereka telah melalui proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia sebelum memasuki Malaysia," katanya pada sidang media di Pangkalan Udara TUDM, di Shah Alam, pada Jumaat (16 Ogos).
Dua pesawat pengangkut TUDM Airbus A-400M yang membawa rakyat Palestin itu mendarat Pangkalan Udara TUDM kira-kira pukul 2.00 petang dan 2.15 petang.
Mengulas lanjut, Encik Mohamed Khaled berkata, Malaysia mengadakan rundingan kira-kira dua bulan dengan kedutaan Mesir bagi membawa rakyat Palestin ke negara tersebut.
"Kita sudah merangka misi ini sekian lama, namun kita tidak mendapat kelulusan daripada Mesir dan kita melihat beberapa alternatif dalam perkara ini.
"Enam negara telah menyatakan hasrat membawa pesakit ke negara masing-masing dan Malaysia merupakan negara kelima," jelasnya.
Katanya, misi itu dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan serta rasa kebersamaan Malaysia dengan menyediakan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera akibat konflik.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.