Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

41 maut dalam kebakaran gereja di Mesir

Anggaran Waktu Membaca:

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad (14 Ogos), menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Insiden berlaku di gereja Abu Sifin di kawasan kejiranan Imbaba, lapor agensi berita Xinhua.

"Empat daripada mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil dan 37 ambulans telah dihantar ke lokasi kejadian,” menurut kementerian itu dalam kenyataannya.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri melalui satu kenyataan menyatakan kebakaran dipercayai bermula dari unit alat hawa dingin di tingkat dua bangunan gereja itu.

Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan agensi pemerintah akan menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terlibat.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan