400 pokok zaitun dibakar di Tebing Barat; rumah penduduk Palestin turut diserang
Sejumlah warga Israel membakar beratus-ratus pokok zaitun milik para pekebun dan peladang rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat, menurut seorang aktivis tempatan pada Ahad (13 Dis).
(Gambar: Agensi berita)
RAMALLAH: Sejumlah warga Israel membakar beratus-ratus pokok zaitun milik para pekebun dan peladang rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat, menurut seorang aktivis tempatan pada Ahad (13 Dis).
Menurut agensi Anadolu, Fouad Al-Amor yang merupakan anggota Jawatankuasa Perlindungan Kampung Penduduk Palestin, iaitu sebuah pertubuhan bukan pemerintah, dipetik sebagai berkata bahawa kumpulan dari Israel itu membaling "objek-objek yang mencurigakan" ke arah kawasan berhampiran Khallet Ad-Dabi di sebelah timur bandar Yatta di Hebron, menyebabkan kebakaran berlaku.
"Hampir 400 pokok zaitun terbakar dan musnah, termasuk sekitar 250 pokok yang berusia lebih daripada 15 tahun," katanya kepada agensi Anadolu.
Al-Amor berkata para peneroka dari Israel itu juga menyerang sebuah rumah milik penduduk Palestin dan memusnahkan sebuah saluran bekalan air di kawasan yang sama.
Perangkaan dari Israel dan Palestin menganggarkan sekitar 650,000 warga Israel menetap secara haram di 164 kawasan petempatan yang dibangunkan di Tebing Barat dan bahagian timur Baitulmakdis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.