Skip to main content

Dunia

400 orang terkandas susuli tanah runtuh di tengah Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
400 orang terkandas susuli tanah runtuh di tengah Jepun

Beratus-ratus penduduk terperangkap di tengah Jepun selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh yang memutuskan laluan keluar masuk ke kawasan berkenaan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Aug 2026 11:59AM
NAGANO: Polis tempatan di wilayah Nagano, tengah Jepun pada Ahad (9 Ogos) menyatakan bahawa sebatang jambatan sementara sudah dibina bagi membolehkan sekitar 390 orang yang terkandas di sebuah pusat peranginan akibat tanah runtuh pada Sabtu malam, meninggalkan kawasan berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu yang memutuskan satu-satunya jalan menuju ke pusat peranginan mata air panas Nakabusa Onsen di Azumino.

Kawasan mata air panas itu turut menjadi lokasi popular sebagai titik permulaan pendakian, manakala mereka yang terkandas terdiri daripada para tetamu hotel serta pendaki yang menginap di pondok gunung, menurut polis.

Pemerintah wilayah turut menyatakan tanah runtuh itu merosakkan sebatang jambatan di jalan yang menghubungkan pusat peranginan berkenaan dengan kawasan tengah Azumino.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Azumino menerima hujan lebat dengan jumlah 50 milimeter dalam tempoh sejam pada Sabtu malam.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita