Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

400 orang hadir debat perdana Anwar-Najib, perbincangan berjalan aman, tanpa provokasi

Anggaran Waktu Membaca:
400 orang hadir debat perdana Anwar-Najib, perbincangan berjalan aman, tanpa provokasi

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 May 2022 08:23AM Dikemas Kini : 13 May 2022 09:07AM

KUALA LIMPUR: Debat Perdana antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dengan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara, Khamis malam (12 Mei) berjalan lancar.  

Bermula tepat 9 malam, program yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.

Bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, pemeriksaan keselamatan yang ketat dibuat ke atas penonton yang hadir sebelum memasuki dewan.

Sumber : Bernama/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa