400 anggota isytihar pembubaran JI, ikrar taat kepada negara
Acara yang diadakan pada Ahad (8 Sep) sebahagian daripada proses sosialisasi anggota-anggota akar umbi JI menyusuli pembubaran rasmi kumpulan itu oleh para pemimpin kanannya pada Jun lalu.
BACA:
Para anggota tersebut juga berikrar untuk menyokong usaha pemerintah dan menjauhkan diri mereka daripada ideologi radikal.
Sesi itu dipimpin pemimpin kanan JI termasuk Abu Rusdan dan Para Wijawantu yang bercakap kepada anggota lain menerusi panggilan online dari penjara.
Mereka menggesa anggota lain supaya menjalin kepercayaan dengan pihak berkuasa dan juga menyerahkan semua senjata yang mereka ada kepada pihak polis.
Setakat ini, 32 sesi sebegitu anjuran unit antipengganasan Indonesia, Densus 88, diadakan di merata negara.
"Kami melihat bahawa dengan adanya terkumpulkan semua, menjadi satu pemikiran, satu sikap, itu akan melahirkan satu tindakan yang sama sehingga apa yang dikhuatiri seperti akan terjadi (kumpulan) serpihan itu boleh sangat dikurangkan. Itu yang paling penting," kata Abu Fatih, Mantan ketua, Kumpulan Serantau Jemaah Islamiyah Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.