Skip to main content

Dunia

40 pelancong China nyaris rentung di Sabah apabila bas persiaran terbakar

Keseronokan 40 pelancong China yang pulang daripada melawat destinasi menarik di Kundasang, Ranau hampir bertukar tragedi apabila bas persiaran dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Tamparuli-Ranau semalam (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
40 pelancong China nyaris rentung di Sabah apabila bas persiaran terbakar

Bas persiaran terbakar dalam kejadian di Jalan Tamparuli-Ranau, Tuaran. (Gambar: Astro Awani)

Diterbitkan : 19 Feb 2018 03:48PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 03:52PM

TUARAN: Keseronokan 40 pelancong China yang pulang daripada melawat destinasi menarik di Kundasang, Ranau hampir bertukar tragedi apabila bas persiaran dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Tamparuli-Ranau semalam (18 Feb).

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 semalam itu (18 Feb), tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku berikutan semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat tempatan, Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.42 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak 15 kilometer dari balai untuk operasi memadam dan menyelamat.

"Sebuah jentera dengan kekuatan seramai tujuh anggota digegaskan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan orang awam," kata Encik Abdul Qawie seperti yang ditukil Astro Awani.

"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini melibatkan sebuah bas persiaran jenis Nissan milik sebuah syarikat agensi pelancongan terbakar di lokasi itu, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

"Difahamkan, ada 40 penumpang dari China yang pelbagai lapisan umur menaiki bas itu dan mereka berjaya keluar dengan selamat," tambah beliau.

Menurutnya Astro Awani lagi, Bomba mengambil masa hampir sejam untuk memadamkan kebakaran bas dan operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 8.48 malam.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bomba. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita