Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

40 orang disyaki militan dibunuh dalam 3 insiden berasingan di Utara Sinai & Giza

Pasukan keselamatan Mesir sudah membunuh seramai 40 orang yang disyaki anggota militan dalam tiga insiden berasingan di Utara Sinai dan Giza.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Dec 2018 08:20PM Dikemas Kini : 29 Dec 2018 09:27PM

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir sudah membunuh seramai 40 orang yang disyaki anggota militan dalam tiga insiden berasingan di Utara Sinai dan Giza.

Demikian menurut Kementerian Dalam Negara Mesir hari ini (29 Dis), sehari selepas satu letupan bom berlaku pada sebuah bas pelancongan Vietnam di Giza, yang meragut 4 nyawa.

Kementerian tersebut, bagaimanapun, tidak menyatakan sama ada para militan yang disyaki itu mempunyai kaitan dengan serangan yang berlaku semalam (29 (Dis).

Namun menyatakan pasukannya sudah membunuh seramai 30 orang semasa serbuan-serbuan ke atas tempat persembunyian mereka di Giza, di mana dikatakan terdapat "anasir-anasir pengganas" yang merancang untuk melancarkan beberapa siri serangan, menyasarkan pertubuhan-pertubuhan negara serta industri pelancongan.

Pasukan keselamatan turut membunuh 10 orang yang disyaki anggota militan di Utara Sinai, di mana negara itu sedang menentang puak pemberontak yang dipimpin ISIS.

Agensi berita negara MENA menyatakan bahawa suspek-suspek tersebut terbunuh dalam satu pertempuran tembak-menembak.

Kementerian itu tidak memberikan sebarang butiran mengenai identiti suspek atau sama ada terdapat mangsa-mangsa atau sesiapa yang cedera dalam kalangan pasukan keselamatan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, tiga serbuan dijalankan serentak.

Kementerian itu kemudian menerbitkan beberapa gambar yang menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah, dengan wajah mereka ditutup dan senapang-senapang serta pistol-pistol bersebelahan mereka.

Tiga pelancong warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong rakyat Mesir terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera apabila sebutir bom di tepi jalan meletup semasa bas pelancongan yang dinaiki melalui kawasan, kurang empat kilometer dari Piramid Giza yang terkenal di seluruh dunia. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan