40 maut, puluhan cedera dalam rempuhan Pesta Maha Kumbh di India
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Arun Sankar)
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 40 maut manakala puluhan yang lain cedera dalam insiden rempuhan ketika upacara mandi suci sempena Pesta Hindu Maha Kumbh di wilayah Uttar Pradesh, utara India.
Jutaan penganut agama Hindu berkumpul di bandar Prayagraj, yang sebelum ini dikenali sebagai Allahabad, bagi menyertai Kumbh Mela dan melakukan ritual mandi suci di Sungai Gangga dan Yamuna.
Kekecohan berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu memasuki sungai pada awal pagi Rabu (29 Jan) bersempena Mauni Amavasya, satu daripada hari paling suci sepanjang pesta selama 45 hari itu yang berlangsung sehingga 26 Februari.
Menurut para saksi, mayat, beg dan barangan peribadi berserakan di tanah, sementara orang ramai menjerit dan melarikan diri dalam keadaan panik.
"Kami datang dalam kumpulan 60 orang menaiki dua bas... tiba-tiba berlaku tolakan dalam kalangan orang ramai, dan kami terperangkap. Ramai yang terjatuh dan keadaan menjadi tidak terkawal. Tiada peluang untuk melarikan diri kerana tolakan berlaku dari semua arah," kata seorang penziarah dari Karnataka dalam satu rakaman video.
Visual di media sosial menunjukkan ahli keluarga menangis atas kehilangan orang tersayang, dengan mayat bergelimpangan di celah bagasi dan pakaian.
Ramai yang memeluk mayat ahli keluarga mereka kerana bimbang kehilangan jasad dalam kekecohan itu, yang mengimbau tragedi rempuhan Kumbh pada 1954 yang meragut ratusan nyawa.
Lebih 14 jam selepas kejadian, angka korban sebenar masih belum dapat dipastikan.
Akhbar harian berbahasa Hindi, Dainik Bhaskar, melaporkan menerusi lamannya pada tengah hari bahawa sekurang-kurangnya 20 mayat telah diserahkan kepada waris si mati.
Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath berkata sekitar 100 juta orang dari seluruh India berada di Prayagraj untuk pesta itu.
Beliau mengakui berlaku tekanan dalam kawalan orang ramai dalam satu rakaman video di platform X, tetapi tidak menyebut jumlah korban atau mangsa yang cedera.
Perdana Menteri India Narendra Modi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di Prayagraj, sekali gus menjadi pengesahan rasmi bahawa kejadian rempuhan itu telah meragut nyawa.
PM Modi berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Menteri Uttar Pradesh dan memberi jaminan bahawa semua langkah yang perlu sedang diambil untuk membantu para mangsa yang terkesan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.