Skip to main content

Dunia

40 maut dalam pengeboman di Sudan

Anggaran Waktu Membaca:
40 maut dalam pengeboman di Sudan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2024 06:16PM Dikemas Kini : 09 Jun 2024 06:17PM
SUDAN: Sekurang-kurangnya 40 maut akibat pengeboman oleh Rapid Support Forces (RSF) di wilayah Omdurman, ibu kota Sudan, Khartoum pada Jumaat (7 Jun).

Beberapa wilayah penempatan di Omdurman menjadi sasaran pengeboman meriam oleh RSF.

Menurut kenyataan itu, terdapat 40 orang maut dan 50 lagi yang cedera. Namun, ia turut menyatakan bahawa jumlah ini mungkin meningkat.

Pada 5 Juni, lebih dari 100 orang maut dalam serangan RSF ke atas Wed en-Nora di bahagian tengah Gezira.

Dewan Kedaulatan Sudan menuduh RSF membunuh banyak orang tidak bersalah di daerah itu, sementara RSF menyatakan bahawa mereka menyerang tiga perkhemahan yang menaungi tentera, perisikan dan askar sukarela.

Sementara itu, penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan wakil utusan Sudan Clementine Nkweta-Salami luah rasa terkejut atas mangsa-mangsa yang terkorban di Wed en-Nora.

Salami menyatakan bahawa meskipun PBB tidak memiliki butiran lengkap mengenai kejadian pada 5 Jun, terdapat laporan yang boleh dipercayai mengenai penggunaan senjata.

"Kami menyeru penyelidikan menyeluruh ke atas apa yang terjadi di Wed en-Nora dan mereka yang terlibat atas kejahatan ini akan diminta bertanggungjawab. RSF telah mengesahkan bahawa anggotanya terlibat dalam operasi darat di wilayah tersebut," tambahnya.

Sejak tercetusnya perang pada April 2023 yang merebak hingga ke hampir seluruh wilayah Sudan, pihak tentera mempertahankan kawalan di utara dan timur, sedangkan RSF aktif di barat dan selatan.

Konflik yang disebabkan perebutan kuasa antara Angkatan Bersenjata Sudan dan tentera RSF ini menyebabkan kerosakan teruk pada infrastruktur, pendidikan, ekonomi dan masyarakat.

Usaha untuk mengakhiri konflik melalui pembicaraan di Jeddah yang diantarakan oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat bagi inisiatif perdamaian yang dipimpin oleh negara-negara jiran di bawah kepimpinan Mesir, usaha Pihak Berkuasa Antara Kerajaan untuk Pembangunan di Afrika Timur dan perbicaraan di ibu kota Bahrain, Manama, semuanya gagal.

Menurut PBB, konflik di Sudan mengakibatkan lebih dari 16,000 kematian, menyebabkan 8.7 juta orang dipindahkan dan lebih dari 25 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, menjadikannya salah satu krisis pemindahan dan kelaparan terbesar di dunia.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita