Skip to main content

Dunia

40 didakwa maut di kem Yaman akibat serangan udara

Di Yaman, kumpulan pemberontak Houthi mendakwa sekurang-kurangnya 40 orang di kem perlindungan terbunuh dalam satu serangan udara pesawat-pesawat Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Mar 2015 09:06PM Dikemas Kini : 31 Mar 2015 09:42PM

RIYADH: Kumpulan pemberontak Houthi mendakwa sekurang-kurangnya 40 orang di kem perlindungan di Yaman terbunuh dalam satu serangan udara pesawat-pesawat Arab Saudi.

Jurucakap tentera Arab Saudi dilaporkan sudah meminta penjelasan lanjut sambil mengatakan ia belum dapat mengesahkan dakwaan tersebut.

Saudi sedang memimpin satu perikatan negara-negara Arab untuk membantu Presiden Yaman menangkis serangan kumpulan pemberontak Houthi sejak lima hari lalu.

Brigedier Jeneral Ahmed Asseri memberitahu satu sidang media di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, pihaknya telah berusaha keras untuk mengelakkan kemusnahan harta benda atau kematian orang awam sejak dari mula lagi.

Beliau juga mendakwa jet-jet pejuang Saudi mungkin telah membalas serangan kumpulan pemberontak di Yaman dan pihaknya tidak dapat mengesahkan ia berlaku di kem pelarian yang sama di Mazraq.

Awal dari itu, Menteri Luar Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi menyalahkan bedilan pemberontak Yaman atas serangan yang meragut nyawa 40 orang termasuk kanak-kanak dan wanita. Seramai 200 lagi orang dilaporkan cedera dalam serangan yang sama.

Kawasan Mazraq yang bersebelahan dengan kawasan sempadan Yaman dengan Saudi, menempatkan ribuan rakyat Yaman yang tiada tempat berteduh akibat peperangan antara tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak Houthi.

Sumber : Agensi berita/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita