Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 wilayah Ukraine mula undi sertai Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
4 wilayah Ukraine mula undi sertai Rusia

Gambar: EPA

Diterbitkan : 23 Sep 2022 07:19PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 08:05PM
Ankara: Pengundian bagi referendum di empat wilayah Ukraine, bermula Jumaat (23 Sep), lapor Agensi Anadolu.

Pengundian berlangsung dari Jumaat hingga Selasa di Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia, bagi memberi peluang kepada penduduk untuk memilih sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada Rusia.

Undian dibuka dari 8.00 pagi (0500GMT) hingga 4.00 petang (1300GMT) di Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson, manakala waktu pengundian di Donetsk ditutup pada 8.00 malam (1700GMT).

Atas sebab keselamatan, pengundian secara peribadi hanya dibenarkan pada hari terakhir, 27 September, manakala pada hari-hari lain, undian dijalankan dalam masyarakat serta dari pintu ke pintu, menurut laporan media tempatan.

Luhansk dan Donetsk yang dikuasai puak pemisah, serta Kherson dan Zaporizhzhia, sebahagiannya dalam kawalan Rusia, mengumumkan tentang referendum penuh kontroversi itu awal bulan ini.

Keputusan itu dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa, dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai referendum “palsu” dan mengumumkan bahawa hasil undian itu tidak akan diiktiraf.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa