Skip to main content

Dunia

4 warga Australia dan 3 rakyat Indonesia hilang selepas bot hilang di Aceh

Anggaran Waktu Membaca:
4 warga Australia dan 3 rakyat Indonesia hilang selepas bot hilang di Aceh

(Gambar: AFP/National Search and Rescue Agency)

JAKARTA: 4 warga Australia dan 3 rakyat Indonesia hilang selepas bot mereka dilaporkan hilang di Aceh.

Bot laju kayu itu dilaporkan hilang semasa cuaca buruk, menurut agensi berita Reuters.

Bot 10 meter itu sedang dalam perjalanan dari utara Pulau Nias ke Pulau Banyak di Aceh apabila ia hilang hubungan sekitar 6 petang semalam (13 Ogos).

Satu pencarian sedang dijalankan hari ini (14 Ogos) tetapi operasi itu ditamatkan apabila siang bertukar malam.

"Kami akan teruskan operasi menyelamat pada pagi Selasa (15 Ogos)," ketua agensi penyelamat Nias, Oktavianto, memberitahu Reuters.

Empat orang pelancong merupakan antara antara 12 warga Australia yang ke Pulau Banyak.

Baki lapan yang lain berada dalam bot yang lain.

Kemalangan melibatkan bot adalah lumrah di Indonesia dengan lebih 17,000 pulau.

Ini kerana piawai keselamatan yang longgar sering membenarkan bot-bot mengangkut penumpang melebihi kapasiti dan tanpa peralatan untuk menyelamatkan nyawa.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita