Skip to main content

Dunia

4 tuduhan terhadap Najib dan Irwan Serigar berkaitan IPIC

Empat daripada enam tuduhan terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah adalah berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Anggaran Waktu Membaca:
4 tuduhan terhadap Najib dan Irwan Serigar berkaitan IPIC

Mohd Irwan Serigar (kiri) dan Najib Razak (kanan) mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah wang milik kerajaan Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 04:27PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 04:30PM

KUALA LUMPUR: Empat daripada enam tuduhan terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah adalah berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ketika ditemui para wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini (25 Okt).

"Semasa dalam mahkamah (sebentar tadi), peguam telah mengesahkan bahawa pertuduhan ketiga sehingga keenam adalah berkaitan pembayaran hutang kepada IPIC.

MENGAKU TIDAK BERSALAH

Encik Najib dan Encik Mohd Irwan Serigar hari ini (25 Okt) mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah wang milik kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion (S$2.2 bilion).

Ditanya sama ada tuduhan keenam itu turut melibatkan penjualan tanah milik Kementerian Kewangan negara itu, Azam mengesahkannya.

“Ya, pertuduhan keenam melibatkan tanah MOF (Kementerian Kewangan),” katanya dengan ringkas.

Encik Azam bagaimanapun enggan mendedahkan nilai penjualan tanah berkenaan.

Beliau turut ditanya mengenai setiap dakwaan terhadap Encik Najib, Encik Mohd Irwan Serigar dan mantan ketua pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, Hasanah Ab Hamid.

"Bagi pertuduhan pertama dan kedua (Najib dan Mohd Irwan Serigar), saya tidak mahu komen lebih lanjut. Serahkan kepada perbicaraan," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita