4 terbunuh, 11 cedera dalam kejadian tembakan Florida
Satu kejadian tembakan berlaku di sebuah restoran yang menyiarkan perlawanan permainan video dalam talian di Jacksonville, Florida pada Ahad (27 Ogos), mengakibatkan empat orang terbunuh dan 11 cedera.

Kereta polis dikerahkan ke tempat kejadian insiden tembakan di Jacksonville pada 26 Ogos (Gambar: Ihsan saluran WJXT/AFP)
JACKSONVILLE: Satu kejadian tembakan berlaku di sebuah restoran yang menyiarkan perlawanan permainan video dalam talian di Jacksonville, Florida pada Ahad (27 Ogos), mengakibatkan empat orang terbunuh dan 11 cedera.
Menurut polis, suspek turut dipercayai maut di tempat kejadian.
Menukil agensi berita, Astro Awani melaporkan pihak polis masih sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai rakan subahat.
Tambah Astro Awani, kejadian berlaku di pusat hiburan The Jacksonville Landing pada tengah hari Ahad, disifatkan polis sebagai tembakan besar-besaran ketiga di Florida sepanjang dua tahun lepas.
Syarikat penganjur, EA Sports, yang juga pemilik permainan 'Madden NFL 19', kini bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Menyusuli kejadian, pejabat Syerif di Jacksonville menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan sekitar pusat hiburan tersebut, menurut Astro Awani.
Amaran tersebut turut dihebahkan menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.