Skip to main content

Dunia

4 tahun terakhir paling panas dalam sejarah: PBB

Empat tahun terakhir mencatat cuaca paling panas sejak suhu global mula dirakamkan. Ini disahkan oleh PBB pada Rabu (6 Feb) dalam satu analisis yang menunjukkan "isyarat jelas perubahan iklim jangka panjang akan berterusan".

Anggaran Waktu Membaca:
4 tahun terakhir paling panas dalam sejarah: PBB

(Gambar hiasan: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 10:23AM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 10:26AM

PARIS: Empat tahun terakhir mencatat cuaca paling panas sejak suhu global mula dirakamkan. Ini disahkan oleh PBB pada Rabu (6 Feb) dalam satu analisis yang menunjukkan "isyarat jelas perubahan iklim jangka panjang akan berterusan".

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) PBB menyatakan pada November bahawa 2018 merupakan tahun keempat paling panas yang dirakam dalam sejarah. Ia sekali gus menekankan pentingnya tindakan segera diambil untuk menangani pemanasan bumi.

Pada Rabu, WMO menggabungkan minggu-minggu terakhir tahun lalu dalam modal-modal iklim dan memutuskan bahawa suhu purata global pada 2018 adalah 1 darjah Selsius lebih tinggi daripada tahap garisan sebelum era perindustrian.

Tahun 2016 kekal sebagai tahun paling panas disebabkan oleh El Nino.

Kesemua 20 tahun paling panas yang dicatatkan berlaku sepanjang 22 tahun yang lalu.

Menurut WMO, suhu yang kian meningkat sudah mengakibatkan cuaca dahsyat seperti ribut taufan, kemarau dan banjir kilat.

Badan PBB itu turut menyatakan keadaan suhu panas berterusan tahun ini dengan Australia mengalami bulan Januari paling panas. Ia memberi amaran bahawa gelombang haba yang dahsyat "semakin kerap berlaku disebabkan oleh perubahan iklim."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita