Skip to main content

Dunia

4 suspek serangan di dewan konsert Rusia didakwa terlibat kegiatan pengganas

Anggaran Waktu Membaca:
4 suspek serangan di dewan konsert Rusia didakwa terlibat kegiatan pengganas

Salah seorang daripada suspek yang didakwa, Dalerdjon Barotovich Mirzoyev, yang berasal dari Tajikistan, sudah mengaku bersalah. (Gambar: Olga Maltseva/AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2024 07:36AM Dikemas Kini : 25 Mar 2024 07:50AM

MOSKO: Rusia telah mendakwa empat suspek yang terbabit dalam serangan ke atas sebuah dewan konsert minggu lalu.

Media tempatan melaporkan mereka didakwa kerana terlibat dalam kegiatan pengganas.

Menurut saluran rasmi Telegram mahkamah Mosko, suspek-suspek itu dikenal pasti sebagai Dalerdzhon Mirzoyev, Saidakrami Rachabalizoda, Shamsidin Fariduni dan Muhammadsobir Fayzov.

Tiga daripada empat suspek itu telah mengaku bersalah atas semua tuduhan.

Mereka akan ditahan sehingga lewat bulan Mei, apabila perbicaraan ke atas mereka dijangka bermula.

Kesemuanya, sembilan lagi orang telah ditahan kerana disyaki terlibat.

Sungguhpun begitu, tiada tuduhan telah disebutkan ke atas mereka.

Perkembangan itu dilaporkan sedang angka korban serangan pada Jumaat lalu itu meningkat kepada 137 orang termasuk tiga mangsa kanak-kanak.

182 lagi orang cedera, dengan lebih seratus daripada mereka masih dirawat di hospital dan sesetengah dalam keadaan tenat.

Pihak berkuasa masih dalam proses mengenal pasti identiti mangsa yang terbunuh, dengan laporan-laporan menyatakan 60 mayat sudah diproses sejauh ini.

Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin telah memimpin upacara peringatan di merata negara sedang negara itu menetapkan satu hari untuk seluruh rakyat bertafakur.

Bendera negara juga telah dikibarkan separuh tiang, sementara acara-acara kebudayaan di seluruh negara dibatalkan.

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita