4 spesies kelip-kelip diancam pupus, kata pakar
Anggaran Waktu Membaca:
Kelip-kelip. (Gambar: Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam)
KUALA LUMPUR: Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) mengenal pasti empat spesies kelip-kelip berkumpulan yang sedang diancam kepupusan.
Dalam kenyataan bersama pada Khamis (27 Jun), kumpulan pakar itu mengenal pasti perkara tersebut selepas membuat penilaian status empat spesies kelip-kelip berkumpulan dengan menggunakan kriteria Senarai Merah IUCN.
Menurut kenyataan itu kelip-kelip Comtesse (Pteroptyx bearni), kelip-kelip sayap bengkok serentak (Pteroptyx malaccae), kelip-kelip serentak sempurna (Pteroptyx tener) dan kelip-kelip sayap bengkok tidak serentak (Pteroptyx valida) kesemuanya disifatkan berstatus ‘rentan’.
Kenyataan itu memaklumkan Asia Tenggara merupakan kawasan yang paling sempurna bagi menyaksikan kelipan cahaya daripada kelip-kelip terutama daripada genus Pteroptyx, yang secara umumnya dikenali sebagai kelip-kelip berkumpulan.
“Suatu ketika dahulu serangga ini begitu banyak ditemui di hutan bakau di Asia Tenggara, namun spesies itu kini berdepan risiko kepupusan,” menurut kenyataan itu.

PENCEMARAN CAHAYA, PERUBAHAN IKLIM ANTARA ANCAMAN
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Monash University Malaysia, Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Suruhanjaya Kemandirian Spesies (SSC) IUCN dan Pusat Kemandirian Spesies Global.
Menurut kenyataan itu antara ancaman utama terhadap kelip-kelip berkumpulan di Asia Tenggara ialah kehilangan dan kemerosotan habitatnya selain pencemaran cahaya, perubahan iklim serta aktiviti pelancongan entomo (serangga).
Oleh itu, sebagai langkah menangani ancaman tersebut adalah penting untuk memasukkan kelip-kelip dalam pelan tindakan pengurusan bagi meminimumkan kesan kehilangan dan kemerosotan habitat paya bakau.
“Usaha untuk mengurangkan pencemaran cahaya di habitat kelip-kelip boleh dilakukan dengan melaksanakan peraturan pencahayaan atau semudah mematikan lampu apabila tidak digunakan.
“Kesan perubahan cuaca ke atas habitat kelip-kelip pula boleh ditangani dengan memperluaskan inisiatif alam sekitar dan mengawal selia serta memantau aktiviti pelancongan entomo yang boleh membantu mengurangkan kesan negatif ke atas populasi kelip-kelip,” menurut kenyataan itu.
SEKITAR 400 SPECIES KELIP-KELIP DI ASIA TENGGARA
Sementara itu, Pengerusi Bersama Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Dr Wan Faridah Akmal Jusoh berkata hanya satu peratus daripada sejumlah spesies yang diketahui di Asia Tenggara sudah dinilai, tetapi apa yang membimbangkan kesemuanya berisiko mengalami kepupusan dalam tempoh terdekat.
“Ini sepatutnya menjadi satu amaran. Kita perlu meneruskan usaha penilaian terhadap spesies kelip-kelip yang masih tinggal bagi membolehkan kita merancang langkah pemuliharaan dengan lebih baik,” katanya yang juga Pensyarah Kanan di Monash University Malaysia.
Terdapat lebih 2,200 spesies kelip-kelip yang sudah dikenal pasti di seluruh dunia, dengan rantau Asia Tenggara dan Indo-Pasifik sahaja mempunyai sekurang-kurangnya 400 spesies serangga yang menakjubkan itu.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.