Skip to main content

Dunia

4 senator gesa AS kenakan sekatan terhadap ketua tentera Myanmar

Para senator Amerika Syarikat pada Rabu (20 Mac) menggesa negara itu supaya mengenakan sekatan terhadap ketua tentera Myanmar. 

Anggaran Waktu Membaca:
4 senator gesa AS kenakan sekatan terhadap ketua tentera Myanmar

Ketua tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Mar 2019 08:52AM Dikemas Kini : 21 Mar 2019 08:55AM

WASHINGTON: Para senator Amerika Syarikat pada Rabu (20 Mac) menggesa negara itu supaya mengenakan sekatan terhadap ketua tentera Myanmar.

Mereka mendakwa banyak lagi yang harus dilakukan untuk memastikan pihak-pihak dipertanggungjawabkan berhubung isu pelarian Rohingya di Myanmar.

Dalam satu surat kepada Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, keempat-empat senator itu berkata bahawa Myanmar belum menunjukkan sebarang usaha atau kemajuan.

Ini meskipun setelah negara itu menerima kritikan hebat daripada masyarakat antarabangsa atas pembunuhan dan keganasan seksual terhadap kaum Rohingya.

Para senator termasuk Dick Durbin dari Parti Demokrat berkata, sekatan-sekatan terhadap ketua tentera Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan juga beberapa pegawai kanan lain akan menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tidak bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan yang mencabuli hak asasi manusia. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita