Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 sampel kes positif COVID-19 di Parlimen M'sia berkemungkinan besar varian Delta

Sebanyak 4 sampel genom berkaitan kes positif COVID-19 di Parlimen hasil saringan pada 29 Julai lalu berkemungkinan besar adalah varian Delta, berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
4 sampel kes positif COVID-19 di Parlimen M'sia berkemungkinan besar varian Delta

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 02 Aug 2021 07:49AM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 07:50AM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4 sampel genom berkaitan kes positif COVID-19 di Parlimen hasil saringan pada 29 Julai lalu berkemungkinan besar adalah varian Delta, berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook rasminya menulis bahawa sampel yang diterima Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada Ahad (1 Ogos) daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh menunjukkan kepositifan dengan nilai CT yang rendah.

“Kami melakukan satu cerakin pengenotipan PCR (tindak balas rantai polimerase) yang boleh memberikan keputusan andaian untuk varian yang membimbangkan (VOC) atau yang perlu diberi perhatian (VOI)  dengan penjujukan genom penuh (WGS) mengambil masa lapan hingga 14 hari untuk dilengkapkan.

"Bagi kepentingan kesihatan awam sementara menanti keputusan WGS, IMR melakukan satu cerakin pengenotipan  (Pengenotipan  Allplex SARS-CoV-2 Variants II) yang menggunakan platform PCR masa nyata dan boleh memberikan keputusan andaian untuk varian yang membimbangkan (VOC) atau perlu diberi perhatian (VOI) dalam tempoh empat jam,” katanya.

Daripada cerakin pengenotipan itu, Dr Noor Hisham berkata IMR mengesan dua mutasi utama dalam kesemua empat kes, menunjukkan andaian positif bagi varian Delta atau Kappa. 

“Berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia, ia berkemungkinan besar varian Delta,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, berdasarkan kajian klinikal di luar negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1,200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (bukan-VOC).

Oleh itu, beliau berkata penjujukan genom penuh (WGS) akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan