4 polis maut dalam letupan di bandar Quetta, Pakistan
Sekurang-kurangnya empat pegawai polis terbunuh akibat letupan bom yang berlaku berhampiran sebuah masjid di bandar Quetta, di bahagian barat Pakistan pada Isnin (13 Mei).

Anggota keselamatan Pakistan membuat siasatan di lokasi pengeboman di Quetta, Pakistan. (Gambar: AFP)
QUETTA, PAKISTAN: Sekurang-kurangnya empat pegawai polis terbunuh akibat letupan bom yang berlaku berhampiran sebuah masjid di bandar Quetta, di bahagian barat Pakistan pada Isnin (13 Mei).
Menurut para pegawai polis, bom itu yang diubah suai, dipasangkan pada sebuah motosikal dan dipercayai menyasarkan kenderaan polis.
Sebelas orang lain juga dilaporkan cedera akibat insiden itu, termasuk dua pegawai polis.
Buat masa ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut yang berlaku sedang tahap keselamatan diperketatkan sepanjang bulan Ramadan ini.
Minggu lalu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan nekad ke atas sebuah van polis yang mengawal sebuah makam Sufi utama di bandar Lahore.
Menteri Ehwal Dalam Negeri wilayah Balochistan, Ziaullah Langove, berkata serangan yang dilancarkan semalam menyasarkan para pegawai polis yang mengawal sebuah masjid di mana para jemaah sedang menunaikan solat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.