Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 pintu langsung ke Kaabah, jemaah tidak perlu tunggu lama sempurnakan tawaf

Pusingan tawaf pula menjadi singkat memandangkan hanya jemaah yang bertawaf sahaja yang menyempurnakan umrah.

Anggaran Waktu Membaca:
4 pintu langsung ke Kaabah, jemaah tidak perlu tunggu lama sempurnakan tawaf

Jemaah haji berdoa di depan Kaabah. (Gambar: AP/Mosa'ab Elshamy)

Diterbitkan : 29 Dec 2017 09:54AM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 11:12AM

MAKKAH: Para jemaah umrah yang mahu menyempurnakan ibadah tawaf dan sai kini tidak perlu menunggu lama.

Sebaik sahaja tiba di dataran Kaabah, para jemaah boleh masuk melalui pintu 88, 89, 93 atau 94 yang tertera 'Access Door For Ehram', menurut laporan laman mStar.

Menurut laporan itu lagi, para jemaah akan diarahkan supaya melalui jalan yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan Masjidil Haram.

Semua empat pintu tersebut terletak antara King Abdul Aziz Gate dengan King Fahd Gate.

Para jemaah kemudian akan turun melalui tangga bergerak untuk sampai ke dataran Kaabah.

Pusingan tawaf pula menjadi singkat memandangkan hanya jemaah yang bertawaf sahaja yang menyempurnakan umrah dan yang berihram sahaja dibenarkan turun ke dataran Kaabah.

Menurut laporan wartawan mStar yang berada di Makkah, dengan cara ini tempoh bertawaf hanya mengambil masa sekitar setengah jam.

Usai bertawaf, para jemaah boleh menunaikan solat sunat tawaf di bahagian belakang kawasan Hijr Ismail dan ruang solatnya di bahagi dua dengan penghadang berwarna hijau dan kelabu untuk kaum lelaki dan wanita.

Bagi melakukan ibadah sai, laluannya masih sama dan para jemaah boleh memilih untuk bersai di aras yang dikehendaki.

Sekalipun begitu, para jemaah dinasihatkan supaya bergerak secara berkumpulan, khususnya mereka yang datang buat pertama kali bagi memastikan supaya tidak sesat.

Bagi jemaah lelaki yang mahu menunaikan tawaf sunat dan tawaf wada, mereka dinasihati agar berpakaian ihram, lapor mStar.

Jika tidak, mereka perlu bertawaf di tingkat atas dan bersedia untuk membuat pusingan sepanjang 5.6 kilometer bagi melengkapkan tujuh pusingan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan