Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 perompak diburu selepas potong telinga wanita dalam rompakan

Polis Itali melancarkan satu operasi besar-besaran bagi memburu empat perompak yang melakukan rompakan ganas di rumah seorang pakar bedah terkemuka di wilayah tengah Chieti, Itali Selatan pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
4 perompak diburu selepas potong telinga wanita dalam rompakan

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 10:17AM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 10:23AM

ROME: Polis Itali melancarkan satu operasi besar-besaran bagi memburu empat perompak yang melakukan rompakan ganas di rumah seorang pakar bedah terkemuka di wilayah tengah Chieti, Itali Selatan pada hujung minggu lalu.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat tumbukan bertubi-tubi.

Seorang perompak turut memotong telinga isteri mangsa dalam insiden itu, lapor agensi berita Itali ANSA.

Kumpulan itu kemudian menggunakan kereta mangsa untuk melarikan diri dari tempat kejadian. 

Anak pasangan itu yang kurang upaya bagaimanapun tidak dicederakan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan