Skip to main content

Dunia

4 pemimpin utama dunia dijangka hadir sidang puncak ASEAN: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
4 pemimpin utama dunia dijangka hadir sidang puncak ASEAN: PM Anwar

Bendera ASEAN diletakkan bersama bendera negara-negara anggotanya pada 17 Januari 2025. (Gambar: REUTERS/Hasnoor Hussain)

Diterbitkan : 08 Aug 2025 02:56PM Dikemas Kini : 08 Aug 2025 02:59PM
CYBERJAYA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa adalah antara pemimpin dunia dijangka menghadiri Sidang Puncak ASEAN ke-47 di Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Encik Anwar, yang mewakili Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, berkata pengesahan yang positif sudah diterima daripada Encik Lula dan Encik Ramaphosa, manakala Encik Trump menyatakan kesediaannya untuk hadir menerusi perbualan telefon baru-baru ini.

"Memastikan kehadiran mereka hanyalah langkah pertama. Ujian yang lebih besar ialah memastikan mereka meninggalkan Malaysia dan ASEAN dengan rasa bahawa masa mereka di sini benar-benar bermakna.

"Kita perlu pastikan kunjungan mereka membuahkan hasil yang bernilai kekal. Seluruh dunia akan memandang ke arah kita. Justeru, kita perlu menjayakannya dengan cemerlang," kata beliau.

Encik Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian sambutan Hari ASEAN ke-58 di Cyberjaya pada Jumaat (8 Ogos), yang diadakan bersempena dengan ulang tahun penubuhan ASEAN, bertemakan "Ke Arah Masa Depan ASEAN yang Inklusif dan Mampan".

Perdana Menteri berkata ulang tahun itu ialah saat untuk menilai semula dan merenung sejauh mana  kemajuan yang dicapai blok serantau ini dan perjalanan yang bakal ditempuhi.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, akan menganjurkan sidang puncak di bawah tema "Keterangkuman dan Kemampanan" di Kuala Lumpur pada Oktober ini, menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota dan rakan dialog untuk membincangkan isu keselamatan serantau, kerjasama ekonomi dan masalah global yang mendesak.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita